Pembiayaan perniagaan tanpa cagaran yang dikhususkan untuk penduduk tetap Perkampungan Baru Cina.
KELAYAKAN
- Perusahaan Mikro (Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. termasuk perniagaan Profesional)
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia
- Pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Badan Profesional berkaitan (untuk perniagaan Profesional)
- Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya enam (6) bulan
Dokumen yang Diperlukan
Pemilikan Tunggal / Perkongsian | Syarikat Sdn. Bhd. |
Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah / Sijil Amalan (untuk perniagaan profesional) | Dokumen Disahkan Benar (Certified True Copy (CTC)) seperti berikut :
|
Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina | Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina |
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi | Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika ada) |
Penyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini | Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini |
Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini | Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini |
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank | Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank |
KADAR KEUNTUNGAN
4.00% setahun
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
Masukkan butiran pembiayaan anda di sini
Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. MOHON SEKARANG.
- Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
- Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.
NOTA:
- Semua dokumen perlu disahkan oleh pihak bank atau majikan penjamin.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.