PENUTUPAN SEMENTARA UTC MELAKA

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka yang telah disahkan positif COVID-19, UTC Melaka ditutup bagi proses sanitasi pada 15 Januari 2021. Sehubungan itu, Cawangan BSN juga ditutup sementara seperti di bawah:

15 Januari 2021 (Jumaat) sehingga 17 Januari 2021 (Ahad)


Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) BSN di UTC Melaka akan beroperasi semula pada 16 Januari 2021 (Sabtu).

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan Utama Negeri BSN Melaka atau Cawangan Perbankan Islam BSN Hang Tuah Mall. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

 

Terima kasih.

15 Januari 2021