PEMBERHENTIAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN CUKAI LHDN
Pelanggan yang dihormati,
Berkuat kuasa 1 September 2023, perkhidmatan penerimaan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Cawangan BSN, Perbankan Internet myBSN dan BSNeBiz akan tergendala sehingga diberitahu kelak.
Sebagai alternatif, para pelanggan boleh membuat pembayaran urusan LHDN seperti berikut:
- Pelanggan Individu:
Layari laman web LHDN dan pilih FPX-myBSN atau kunjungi kaunter pembayaran LHDN. - Pelanggan Korporat:
Kunjungi kaunter pembayaran LHDN atau layari laman web rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.
29 Ogos 2023