• DUITNOW QR BSN
    Transaksi perniagaan tanpa tunai dengan DuitNow QR
    Berminat untuk mengembangkan perniagaan melalui DuitNow QR BSN?
    Mohon Sekarang
    DUITNOW QR BSN
    Transaksi perniagaan tanpa tunai dengan DuitNow QR
    Berminat untuk mengembangkan perniagaan melalui DuitNow QR BSN?
    Mohon Sekarang

Cara mudah untuk menerima bayaran menggunakan kod QR tanpa fi.

APAKAH DUITNOW QR BSN?

Pemindahan dana segera tanpa tunai daripada pelanggan mana-mana bank serta pengendali e-Dompet yang mengambil bahagian dalam DuitNow QR dengan hanya menggunakan kod DuitNow QR BSN. Anda hanya perlu imbas dan bayar!

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai DuitNow QR.

KELEBIHAN DUITNOW QR BSN

Kos

Servis percuma! Tiada caj persediaan atau fi tersembunyi.

Cepat & Mudah

Tiada lagi beratur panjang! Hanya imbas, bayar & pergi.

Selamat & Terjamin

Tidak perlu memegang wang tunai yang banyak. Dengan transaksi tanpa tunai ini, pembayaran daripada pelanggan akan dikreditkan ke akaun anda serta-merta.

Ringkas

Dengan DuitNow QR, anda boleh melihat semua pembayaran yang diterima dalam satu laporan. Ianya menjimatkan masa anda sebagai pemilik perniagaan.

Kod QR Universal

Ia membolehkan perniagaan anda menerima pembayaran mudah alih daripada mana-mana bank dan pengendali
e-Dompet yang mengambil bahagian dalam DuitNow QR.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Terdapat dua kaedah mudah untuk menerima pembayaran daripada pelanggan anda.

  • Kod QR Statik

DuitNow QR standee

DuitNow QR dijana melalui peranti mudah alih peniaga

Langkah untuk pelanggan membayar menggunakan Kod QR Statik:
  1. Imbas kod DuitNow QR sama ada melalui:
  • DuitNow QR standee yang dipaparkan di kedai; atau
  • Kod DuitNow QR yang dijana melalui Aplikasi BSNeBiz dipaparkan pada peranti mudah alih anda.
  1. Masukkan amaun yang perlu dibayar.
  1. Semak sejarah transaksi daripada Aplikasi BSNeBiz anda untuk mengesahkan pembayaran telah diterima.
  • Kod Dinamik QR

DuitNow QR yang dijana daripada peranti mudah alih peniaga berserta paparan jumlah yang akan di terima

Langkah untuk pelanggan membayar menggunakan kod QR Dinamik:
  1. Buka Aplikasi BSNeBiz anda.
  1. Klik pada 'Receive' untuk memaparkan kod DuitNow QR anda.
  1. Masukkan amaun yang akan diterima daripada pelanggan.
  1. Pelanggan perlu mengimbas DuitNow QR untuk membuat bayaran.
  1. Semak sejarah transaksi daripada Aplikasi BSNeBiz untuk mengesahkan pembayaran telah diterima.

BAGAIMANA UNTUK SAYA MENDAPATKAN KOD DUITNOW QR BSN UNTUK PERNIAGAAN SAYA?

Proses Pendaftaran & Pengaktifan DuitNow QR BSN.

  1. Corporate Administrator perlu log masuk ke Perbankan Internet BSNeBiz (https://www.bsnebiz.com.my/bsn-cdb/commonLogin).
    Klik bahagian 'DuitNow QR Merchant Management' dan klik 'Create'.

  1. Isikan butiran yang diperlukan dan klik 'Next'.

  1. Dalam halaman Confirmation, anda dikehendaki mengesahkan butiran perniagaan anda. Klik 'Confirm' untuk menjana kod QR.

  1. Pada halaman Acknowledgement, anda perlu klik butang 'Print QR Code'.

  1. Kod DuitNow QR telah dijana dan sedia untuk digunakan pada standee DuitNow QR BSN yang akan diedarkan kepada peniaga sepertimana format di atas.

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.