Kad Kredit BSN Al-Aiman Platinum menawarkan segala yang anda perlukan untuk gaya hidup yang mudah dan menyenangkan. Daripada manfaat hingga keistimewaan, ganjaran dan tawaran eksklusif, semuanya terangkum dalam kad ini.
NIKMATI DUNIA KEISTIMEWAAN PLATINUM
Program Happy Rewards BSN
Dapatkan dan kumpulkan Happy Point untuk setiap Ringgit yang dicaj kepada Kad Kredit BSN Platinum anda.
- 1x Happy Point untuk perbelanjaan tempatan.
- 2x Happy Points menjamu selera tempatan, golf tempatan, perjalanan tempatan*
- 2x Happy Points untuk perbelanjaan runcit di luar negara.
Hanya tertakluk di bawah Kod Kategori Saudagar (MCC) tertentu:
- Menjamu selera: 5462, 5812, 5813 dan 5814
- Golf: 7992
- Pembelian tiket penerbangan: 4511, 3000 hingga 3299
- Pakej perjalanan: 4722 dan 5962
Ketahui lanjut tentang Happy Rewards BSN di sini.
Penebusan Happy Rewards BSN
Kumpulkan Happy Points untuk penebusan Mata Ganjaran Enrich, Mata Ganjaran Airasia, hadiah eksklusif, baucar membeli-belah, menjamu selera dan banyak lagi.
Lihat Katalog Happy Rewards Kami.
Tawaran Istimewa Rakan Niaga BSN
Nikmati diskaun dan tawaran istimewa daripada menjamu selera, membeli-belah sehingga percutian di premis rakan niaga terpilih. Untuk promosi dan tawaran terkini, klik di sini.Â
Percuma Perlindungan Takaful Perjalanan Dan Kesulitan
Tempuhi perjalanan dengan ketenangan fikiran apabila anda cajkan tambang perjalanan penuh ke kad anda dan menikmati perlindungan takaful automatik secara percuma sehingga RM300,000. Anda juga akan dilindungi bagi sebarang kesulitan yang disebabkan oleh yang berikut:
Sehingga | |
Kehilangan Bagasi (lebih daripada 48 jam)Â | RM2,000 |
Kelewatan Bagasi (lebih daripada 6 jam)Â | RM2,000 |
Penerbangan Tertunda (lebih daripada 6 jam)Â | RM600 |
Terlepas Penerbangan Sambungan (lebih daripada 4 jam)Â | RM600 |
*Tertakluk kepada terma dan syarat polisi Takaful.
Membeli-belah Dalam Talian
Nikmati keselamatan dan kemudahan apabila anda membeli-belah dalam talian dengan sistem BSN Online Secure Shopping (BOSS). Kod BOSS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang berdaftar untuk anda masukkan sebelum pembelian dalam talian anda diluluskan. Hanya pastikan nombor telefon bimbit terbaru anda adalah nombor yang sama didaftarkan dengan BSN.
Nikmati keistimewaan, manfaat dan penjimatan daripada beberapa organisasi pelancongan, hotel, restoran dan rakan niaga yang terkemuka.
Keistimewaan ini disediakan oleh Mastercard dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Perkhidmatan 'Concierge' 24 Jam | Anda boleh menikmati layanan kelas pertama daripada pasukan perkhidmatan ‘concierge’ untuk sebarang khidmat bantuan peribadi, daripada urusan perjalanan hingga ke tempahan makan minum pada bila-bila masa sahaja. -   Perkhidmatan 'Concierge' Mastercard |
Penerimaan Di Seluruh Dunia Dan Pendahuluan Wang Tunai | Kad Kredit BSN Platinum diterima di lebih 29 juta premis perniagaan dan 1 juta ATM di seluruh dunia. Ia adalah teman sempurna untuk memenuhi semua keperluan anda, sama ada membeli-belah, menjamu selera atau percutian di dalam atau luar negara. |
Talian Platinum Kad Kredit | Talian Platinum Kad Kredit kami sedia membantu anda bagi kes kehilangan atau kecurian kad dan melayani segala pertanyaan anda. Hanya telefon kami di 1800 22 0800. |
Tiada Yuran Tahunan | Alami kebebasan kewangan dari setahun ke setahun tanpa yuran tahunan untuk sepanjang hayat tanpa sebarang syarat. |
Yuran Pengurusan Yang Rendah | Nikmati yuran pengurusan serendah 11% setahun (untuk Kakitangan Kerajaan) dan 13.5% setahun (untuk Kakitangan Swasta) apabila anda menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum yang perlu dibayar tepat pada masanya bagi 12 bulan berturut-turut. |
Tempoh Tanpa Fi Pengurusan 20 hari | Nikmati Tempoh tanpa Fi Pengurusan selama 20 hari dari tarikh penyata bagi semua pembelian runcit jika baki bulan belum jelas bulan sebelumnya dibayar sepenuhnya. |
Program Pindahan Baki BSN | Pindahkan baki tertunggak daripada kad kredit yang lain ke Kad Kredit BSN Platinum anda dan menikmati penjimatan yang lebih besar. Ketahui lebih lanjut mengenai Program Pindahan Baki BSN. |
Pelan Instalment Pay BSN | Dapatkan apa yang anda inginkan dengan pelan 0% fi pengurusan ansuran sehingga 24 bulan. Hanya beli di mana-mana rakan niaga dan hubungi kami untuk menukar pembelian anda kepada ansuran mudah dengan bayaran pendahuluan yang rendah (sekali sahaja). Ketahui lebih lanjut mengenai Pelan Instalment-Pay BSN. |
Dalam Talian |
(Anda dikehendaki mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet myBSN.) |
Cawangan BSN / ATMs / CDMs | Bayaran secara tunai atau cek melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) atau Mesin Juruwang Automatik (ATM) atau melalui kaunter Bank di mana-mana cawangan BSN di seluruh negara. |
GIRO Antara Bank | Pindahkan dana daripada mana-mana bank yang mengambil bahagian. |

KAD TAMBAHAN
- Kongsi keistimewaan Kad Kredit Platinum anda bersama yang tersayang dengan memberi mereka kad tambahan hari ini.
- Anda boleh memohon sehingga maksimum lima (5) kad tambahan (untuk pasangan anda, anak-anak dan keluarga terdekat yang berumur 18 tahun ke atas).
- Muat turun borong permohonan Kad Tambahan di sini.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
KELAYAKAN
- Pendapatan Minimum: RM48,000 setahun / RM4,000 sebulan
- Umur Minimum: Kad Utama - 21 tahun / Kad Tambahan – 18 tahun
- Kerakyatan: Warganegara Malaysia
Dokumen
Kakitangan Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan (Untuk kakitangan Tentera dan Polis, sila kepilkan salinan Kad Kuasa)
Kakitangan Swasta
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini/Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
DAN
Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini - Salinan Borang 9, 24 & 49 ATAU Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan Penyata komisen 6 bulan terkini/ Penyata komisen tahunan
ATAU
Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi
MANFAAT & KEISTIMEWAAN YANG LAIN
Peningkatan Had Kemudahan
Perlukan had kemudahan yang lebih tinggi untuk menikmati fleksibiliti kewangan? Mohon untuk Peningkatan had kemudahan bagi Kad Kredit-i BSN anda hari ini!
Program Pindahan Baki
Pindahkan baki yang belum dijelaskan daripada kad kredit lain anda ke Kad Kredit-i BSN anda dan nikmati kadar fi pengurusan yang lebih rendah.
Pelan EasyCash BSN
Dengan EasyCash BSN, anda kini boleh mengeluarkan wang tunai daripada Kad Kredit-i BSN anda pada kadar fi pengurusan 0%.
Pelan Instalment-Pay BSN
Beli apa sahaja yang anda inginkan dan tukar pembayaran anda kepada ansuran bulanan pada kadar yang berpatutan dengan Pelan Instalment-Pay BSN.
Pelan 0% EasyPay BSN
Nikmati bayaran ansuran tanpa fi pengurusan sehingga 36 bulan apabila anda menggunakan Kad Kredit-i BSN anda di premis rakan niaga kami yang mengambil bahagian.
Program Happy Rewards BSN
Program kesetiaan ini benar-benar memberikan anda ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit-i BSN.
Autobilling BSN
Autobilling BSN merupakan kemudahan pembayaran bil automatik yang membayar bil-bil anda secara  automatik setiap bulan menggunakan Kad Kredit-i BSN anda.
Program Penukaran Baki Automatik
Bayar baki tertunggak kad kredit anda dengan ansuran yang lebih kecil pada kadar yuran yang lebih rendah sebanyak 13% setahun.
 Perlindungan Kad Kredit-i
Kami sedar bahawa kehidupan ini penuh dengan peristiwa yang tidak terduga. Berikut ialah pilihan untuk menjadikan kehidupan keluarga anda lebih mudah sekiranya sesuatu yang tidak dapat diduga berlaku kepada anda.
NOTA:
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Perjanjian Kad Kredit.
- Muat turun Borang Permohonan Kad Kredit.
Tertakluk pada Terma & Syarat
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turn Borang Permohonan DI SINI.