Kad yang terbaik untuk komuniti Universiti Utara Malaysia.
Kad ini direka untuk memberikan anda penjimatan hebat, ganjaran yang menakjubkan dan keistimewaan eksklusif. Tambahan pula, ia tidak ada yuran tahunan sepanjang hayat!
SIMPANAN
- Fi Pengurusan yang Rendah
Nikmati fi pengurusan serendah 9.95% setahun apabila anda menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum yang perlu dibayar tepat pada masanya selama 12 bulan berturut-turut. - Tanpa Caj Berganda
Fi hanya dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan. - Tiada Fi Tahunan
Nikmati tiada Fi Tahunan untuk ahli kad utama dan tambahan sepanjang hayat (tanpa dikenakan sebarang syarat).


GANJARAN
- Kad Tambahan Percuma
Kongsi manfaat Kad Kredit-i BSN-UUM anda dengan orang tersayang dengan memberikan mereka kad tambahan hari ini.
Muat turun Borang Permohonan Kad Tambahan di sini. - Penebusan Happy PointsKumpulkan Happy Points untuk penebusan Mata Ganjaran Enrich, Mata Ganjaran Airasia, hadiah eksklusif, baucar membeli-belah, menjamu selera dan banyak lagi.
- Program Keistimewaan Rakan Niaga BSN
Nikmatilah diskaun dan tawaran istimewa ketika menjamu selera, membeli-belah dan tawaran percutian istimewa dari peniaga terpilih. Untuk promosi dan tawaran terkini, klik di sini. Â
KEISTIMEWAAN
- Penerimaan Seluruh Dunia dan Pendahuluan Tunai
Gunakannya di lebih 29 juta peniaga dan 1 juta ATM di seluruh dunia. - Percuma Perlindungan Takaful Kemalangan Perjalanan dan Kesulitan
Perlindungan takaful automatik sehingga RM300,000 dan RM100,000 apabila anda membayar tambang perjalanan penuh anda dengan Kad Kredit-i BSN-UUM Platinum dan Emas masing-masing. Anda juga akan dilindungi untuk sebarang kesulitan yang disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
SehinggaPlatinum | SehinggaEmas | |
Kehilangan Bagasi (lebih daripada 48 jam) | RM2,000 | RM1,600 |
Kelewatan Bagasi (lebih daripada 6 jam) | RM2,000 | RM1,600 |
Penerbangan Tertunda (lebih daripada 4 jam) | RM600 | RM600 |
Kegagalan Mendapatkan Penerbangan Sambungan (lebih daripada 4 jam) | RM600 | RM600 |
*Tertakluk pada terma & syarat polisi.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
KELAYAKAN
- Komuniti UUM
- Pendapatan Minimum: Kad Platinum – RM60,000 setahun / Kad Emas - RM24,000 setahun
- Umur Minimum: Kad Utama - 21 tahun / Kad Tambahan - 18 tahun.
- Kerakyatan: Warganegara Malaysia.
*Untuk Graduan, sila sertakan salinan Sijil Ijazah/Kelayakan Profesional.
Dokumen
Kakitangan Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan (Untuk kakitangan Tentera dan Polis, sila kepilkan salinan Kad Kuasa)
Kakitangan Swasta
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini/Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
DAN
Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini - Salinan Borang 9, 24 & 49 ATAU Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan Penyata komisen 6 bulan terkini/ Penyata komisen tahunan
ATAU
Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi
Nota:
Sebagai ganti bukti pendapatan, anda boleh membuat sandaran Sijil Simpanan Premium (SSP) atau Deposit Bertempoh BSN anda. Jumlah sandaran minimum ialah RM4,000 dan mungkin berbeza tertakluk pada jenis kad. Permohonan anda juga akan tertakluk pada kelulusan dan pihak Bank berhak menentukan had kemudahanyang diluluskan atas budi bicara mutlaknya. Duti setem sebanyak RM5 bagi setiap RM1,000 had kemudahan yang diluluskan akan dikenakan dan dicaj ke akaun kad kredit anda. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
MANFAAT & KEISTIMEWAAN YANG LAIN
Peningkatan Had Kemudahan
Perlukan had kemudahan yang lebih tinggi untuk menikmati fleksibiliti kewangan? Mohon untuk Peningkatan had kemudahan bagi Kad Kredit-i BSN anda hari ini!
Program Pindahan Baki
Pindahkan baki yang belum dijelaskan daripada kad kredit lain anda ke Kad Kredit-i BSN anda dan nikmati kadar fi pengurusan yang lebih rendah.
Pelan EasyCash BSN
Dengan EasyCash BSN, anda kini boleh mengeluarkan wang tunai daripada Kad Kredit-i BSN anda pada kadar fi pengurusan 0%.
Pelan Instalment-Pay BSN
Beli apa sahaja yang anda inginkan dan tukar pembayaran anda kepada ansuran bulanan pada kadar yang berpatutan dengan Pelan Instalment-Pay BSN.
Pelan 0% EasyPay BSN
Nikmati bayaran ansuran tanpa fi pengurusan sehingga 36 bulan apabila anda menggunakan Kad Kredit-i BSN anda di premis rakan niaga kami yang mengambil bahagian.
Program Happy Rewards BSN
Program kesetiaan ini benar-benar memberikan anda ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit-i BSN.
Autobilling BSN
Autobilling BSN merupakan kemudahan pembayaran bil automatik yang membayar bil-bil anda secara  automatik setiap bulan menggunakan Kad Kredit BSN anda.
Program Penukaran Baki Automatik
Bayar baki kad kredit anda yang belum dijelaskan dengan amaun ansuran yang lebih kecil pada fi pengurusan yang lebih rendah sebanyak 13% setahun.
 Perlindungan Kad Kredit-i
Kami sedar bahawa kehidupan ini penuh dengan peristiwa yang tidak terduga. Berikut ialah pilihan untuk menjadikan kehidupan keluarga anda lebih mudah sekiranya sesuatu yang tidak dapat diduga berlaku kepada anda.
NOTA:
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Perjanjian Kad Kredit.
- Lihat soalan lazim.
- Muat turun Borang Permohonan Kad Kredit.
- Muat turun Borang Permohonan Kad Tambahan di sini.