Maksimumkan simpanan anda dan nikmati keuntungan yang lebih tinggi melalui simpanan secara konsisten dengan ciri-ciri mesra alam termasuk perlindungan Takaful terhadap banjir.
CIRI-CIRI & KELAYAKAN
- Individu berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
- Tiada had umur maksimum bagi pembukaan akaun BSN EcoSave-i.
- Perlindungan Takaful tertakluk kepada had umur sehingga enam puluh lima (65) tahun.
- Terbuka untuk Warganegara Malaysia.
- Patuh syariah.
- Akaun individu sahaja.
KELAYAKAN SIMPANAN
Minimum simpanan permulaan | RM100 |
Minimum simpanan bulanan | RM50* |
Maksimum simpanan bulanan | Tiada had |
Minimum simpanan perlu dikekalkan | RM10 |
CIRI-CIRI
Kadar Keuntungan | Kadar Keuntungan Menarik** |
Pilihan Tempoh | Tiga (3) atau Lima (5) Tahun |
Pengeluaran |
|
Kad Debit (pilihan) | Terbuka bagi pemegang akaun BSN EcoSave-i**** |
NOTA:
*Deposit minimum adalah RM50 setiap peletakan dan sebarang peletakan bawah RM50 tidak dibenarkan.
** Kadar keuntungan akan ditukar kepada kadar keuntungan bersamaan BSN GIRO-i, sekiranya terdapat tunggakan dalam peletakan deposit bulanan untuk mana-mana tiga (3) bulan dalam tempoh 12 bulan, sama ada secara berturut-turut ataupun tidak. Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih kekal aktif dan kadar keuntungan akan bertukar kepada kadar keuntungan BSN EcoSave-i semula pada tarikh ulang tahun (tarikh akaun dibuka).
***Terpakai untuk pemegang Kad Debit BSN sahaja.
**** Fi dan caj bagi Kad Debit akan terpakai.
PERLINDUNGAN TAKAFUL (PILIHAN)
Manfaat Takaful | Had Perlindungan Takaful / Pelanggan (Setahun) |
Elaun Kesulitan Akibat Banjir ke atas Tempat Kediaman | RM1,000 / tuntutan (maksimum 2 tuntutan) |
Elaun Kesulitan ke atas Kenderaan Persendirian Disebabkan Banjir | RM1,000 / tuntutan (maksimum 2 tuntutan) |
Elaun Kesulitan Akibat Kehilangan Motosikal Disebabkan Banjir | RM500 |
Kematian Akibat Kemalangan | RM25,000 |
Ganti Rugi Berganda untuk Kematian Akibat Banjir | RM50,000 |
Perbelanjaan Pengebumian Kematian Disebabkan Kemalangan | RM2,000 |
NOTA:
- Had Umur Perlindungan Takaful: 18 – 65 tahun (umur pada hari lahir akan datang).
- Jumlah Sumbangan Perlindungan Takaful ialah RM60.00 setahun (termasuk cukai perkhidmatan dan/atau apa-apa cukai yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan sebarang pembekalan barang dan/atau perkhidmatan).
- Pembayaran akan ditolak melalui platform Arahan Tetap (SI) sahaja dan tertakluk kepada tempoh kontrak akaun.
- Perlindungan Takaful akan diperbaharui secara automatik apabila sumbangan Takaful berjaya ditolak.
- Jika potongan tidak berjaya kerana baki tidak mencukupi, perlindungan Takaful tersebut akan ditamatkan.
- Sila rujuk Helaian Keterangan Produk Eco Saving PA Takaful untuk ciri-ciri, manfaat, terma dan syarat terperinci produk.
DOKUMEN PENGENALAN DIPERLUKAN
Kad Pengenalan Pelanggan yang asal iaitu MyKad
NOTA:
- Pelanggan dinasihatkan untuk membaca dan memahami Terma & Syarat Akaun Islamik yang berkenaan BSN EduSave-i.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut