Nikmati lebih banyak manfaat dan keistimewaan gaya hidup apabila anda memohon untuk Kad Kredit BSN Visa Emas atau BSN Mastercard Emas.Â
SIMPANAN
- Caj Kewangan Yang Rendah
Nikmati caj kewangan serendah 11% setahun (untuk Kakitangan Kerajaan) dan 13.5% setahun (untuk Kakitangan Swasta) apabila anda menjelaskan bayaran minimum yang perlu dibayar tepat pada masanya selama 12 bulan berturut-turut. - Tiada Fi Tahunan
Nikmati pengecualian seumur hidup ke atas fi tahunan untuk Kad Utama dan Kad Tambahan tanpa sebarang syarat.
GANJARAN
- Penebusan Happy Points
Kumpulkan Happy Points untuk penebusan Mata Ganjaran Enrich, Mata Ganjaran Airasia, hadiah eksklusif, baucar membeli-belah, menjamu selera dan banyak lagi. - Tawaran Istimewa Rakan Niaga BSN
Nikmati diskaun dan tawaran istimewa daripada menjamu selera, membeli-belah sehingga percutian di premis rakan niaga terpilih. Untuk promosi dan tawaran terkini, klik di sini.Â
KEISTIMEWAAN
- Penerimaan di Seluruh Dunia dan Pendahuluan Tunai
Gunakannya di lebih 29 juta premis dan lebih 1 juta ATM di seluruh dunia. - PERCUMA Insurans Kemalangan dan Kesulitan PerjalananÂ
Nikmati perlindungan insurans secara automatik sehingga RM100,000 apabila anda membayar tambang perjalanan penuh tiket kapal terbang menggunakan Kad Kredit Emas anda. Anda juga akan dilindungi dari sebarang kesulitan seperti berikut:
Sehingga | |
Kehilangan Bagasi (lebih daripada 48 jam) | RM1,600 |
Kelewatan Bagasi (lebih daripada 6 jam) | RM1,600 |
Kelewatan Penerbangan (lebih daripada 6 jam) | RM600 |
Kegagalan mendapatkan penerbangan sambungan (lebih daripada 4 jam) | RM600 |
*Tertaluk kepada terma & syarat polisi.
KAD TAMBAHAN
- Kongsi manfaat Kad Kredit Emas anda bersama yang tersayang dengan memberi mereka kad tambahan hari ini.
- Anda boleh memohon sehingga maksimum 5 kad tambahan (untuk pasangan anda, anak-anak dan keluarga terdekat yang berumur 18 tahun ke atas).
- Muat turun borang permohonan kad tambahan di sini.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
KELAYAKAN
- Pendapatan Minimum: RM36,000 setahun
- Umur Minimum: Kad Utama - 21 tahun / Kad Tambahan – 18 tahun
- Kerakyatan: Warganegara Malaysia
Dokumen
Kakitangan Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan (Untuk kakitangan Tentera dan Polis, sila kepilkan salinan Kad Kuasa)
Kakitangan Swasta
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini/Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
DAN
Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini - Salinan Borang 9, 24 & 49 ATAU Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada).
- Salinan Penyata komisen 6 bulan terkini/ Penyata komisen tahunan
ATAU
Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi
Nota:
Untuk menggantikan bukti pendapatan, anda boleh membuat sandaran Sijil Simpanan Premium (SSP) atau Deposit Bertempoh BSN anda. Jumlah sandaran minimum ialah RM4,000 dan mungkin berbeza tertakluk pada jenis kad. Permohonan ini juga akan tertakluk pada kelulusan dan Bank berhak menentukan had kredit yang diluluskan atas budi bicara mutlaknya. Duti setem sebanyak RM5 bagi setiap RM1,000 had kredit yang diluluskan akan dikenakan dan dicaj ke akaun kad kredit anda. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
MANFAAT & KEISTIMEWAAN YANG LAIN
Peningkatan Had Kredit
Perlukan had kredit yang lebih tinggi untuk menikmati fleksibiliti kewangan? Mohon Peningkatan Had Kredit bagi Kad Kredit BSN anda hari ini!
Program Pindahan Baki
Pindahkan baki yang belum dijelaskan daripada kad kredit lain ke Kad Kredit BSN anda dan nikmati kadar faedah yang lebih rendah.
Pelan EasyCash BSN
Dengan EasyCash BSN, anda kini boleh mengeluarkan wang tunai daripada Kad Kredit BSN anda pada kadar faedah 0%.
Pelan Instalment-Pay BSN
Beli apa sahaja yang anda inginkan dan tukar pembayaran anda kepada ansuran bulanan pada kadar yang berpatutan dengan Pelan Instalment-Pay BSN.
Pelan 0% EasyPay BSN
Nikmati bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan apabila anda menggunakan Kad Kredit BSN anda di premis rakan niaga kami yang mengambil bahagian.
Program Happy Rewards BSN
Program kesetiaan ini benar-benar memberi anda ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit BSN.
Autobilling BSN
Autobilling BSN merupakan kemudahan pembayaran bil automatik yang membayar bil-bil anda secara  automatik setiap bulan menggunakan Kad Kredit BSN anda.
Program Penukaran Baki Automatik
Bayar baki kad kredit anda yang belum dijelaskan dengan ansuran yang lebih kecil pada kadar faedah yang lebih rendah sebanyak 13% setahun.
Don't Worry Credit Shield and Don't Worry Bereavement
Kami sedar bahawa kehidupan ini penuh dengan peristiwa yang tidak terduga. Berikut ialah pilihan untuk menjadikan kehidupan keluarga anda lebih mudah sekiranya sesuatu yang tidak dapat diduga berlaku kepada anda.
NOTA:
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Perjanjian Kad Kredit.
- Muat turun Borang Permohonan Kad Kredit.
- Muat turun Borang Permohonan Kad Tambahan.
Tertakluk kepada Terma & SyaratÂ
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turn Borang Permohonan DI SINI.