Cara mudah untuk menerima bayaran menggunakan kod QR tanpa fi.
APAKAH DUITNOW QR BSN?
Pemindahan dana segera tanpa tunai daripada pelanggan mana-mana bank serta pengendali e-Dompet yang mengambil bahagian dalam DuitNow QR dengan hanya menggunakan kod DuitNow QR BSN. Anda hanya perlu imbas dan bayar!
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai DuitNow QR.
KELEBIHAN DUITNOW QR BSN
Kos
Servis percuma! Tiada caj persediaan atau fi tersembunyi.
Cepat & Mudah
Tiada lagi beratur panjang! Hanya imbas, bayar & pergi.
Selamat & Terjamin
Tidak perlu memegang wang tunai yang banyak. Dengan transaksi tanpa tunai ini, pembayaran daripada pelanggan akan dikreditkan ke akaun anda serta-merta.
Ringkas
Dengan DuitNow QR, anda boleh melihat semua pembayaran yang diterima dalam satu laporan. Ianya menjimatkan masa anda sebagai pemilik perniagaan.
Kod QR Universal
Ia membolehkan perniagaan anda menerima pembayaran mudah alih daripada mana-mana bank dan pengendali
e-Dompet yang mengambil bahagian dalam DuitNow QR.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Terdapat dua kaedah mudah untuk menerima pembayaran daripada pelanggan anda.
- Kod QR Statik
DuitNow QR standee
DuitNow QR dijana melalui peranti mudah alih peniaga
Langkah untuk pelanggan membayar menggunakan Kod QR Statik:
| |
| |
|
- Kod Dinamik QR
DuitNow QR yang dijana daripada peranti mudah alih peniaga berserta paparan jumlah yang akan di terima
Langkah untuk pelanggan membayar menggunakan kod QR Dinamik:
| |
| |
| |
| |
|
BAGAIMANA UNTUK SAYA MENDAPATKAN KOD DUITNOW QR BSN UNTUK PERNIAGAAN SAYA?
Proses Pendaftaran & Pengaktifan DuitNow QR BSN.
- Corporate Administrator perlu log masuk ke Perbankan Internet BSNeBiz (https://www.bsnebiz.com.my/bsn-cdb/commonLogin).
Klik bahagian 'DuitNow QR Merchant Management' dan klik 'Create'.
- Isikan butiran yang diperlukan dan klik 'Next'.
- Dalam halaman Confirmation, anda dikehendaki mengesahkan butiran perniagaan anda. Klik 'Confirm' untuk menjana kod QR.
- Pada halaman Acknowledgement, anda perlu klik butang 'Print QR Code'.
- Kod DuitNow QR telah dijana dan sedia untuk digunakan pada standee DuitNow QR BSN yang akan diedarkan kepada peniaga sepertimana format di atas.
NOTA:
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui emel: bsnebiz_support@bsn.com.my.
- Lihat Soalan lazim.
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.