Nikmati kemudahan membayar pembelian di lebih 29 juta premis perniagaan VISA di seluruh dunia.

CARA MENGGUNAKAN KAD MATRIX-i BSN UNTUK PEMBELIAN RUNCIT
- Perhatikan logo VISA atau VISA Electron di premis.
- Kemukakan Kad Debit BSN Matrix-i kepada juruwang semasa membuat pembayaran.
- Juruwang akan memasukkan kad pada terminal POS elektronik.
- Slip jualan dijana dari terminal POS.
- Periksa amaun pada slip jualan dan tandatangani slip. Amaun akan didebitkan secara automatik daripada akaun GIRO anda.
- Juruwang memulangkan kad kepada anda.
FI & CAJ
Jenis Akaun | Fi Tahunan |
Dewasa (16 tahun ke atas) | RM8.00 |
Remaja (13-15 tahun) | RM5.00 |
Penggantian Kad | Fi |
Penggantian disebabkan hilang / dicuri / kad rosak / terlupa PIN | RM12.00 |
Pengeluaran ATM | Fi |
BSN ATM | PERCUMA |
MEPS ATM | RM1.00 setiap pengeluaran |
ATM bank antarabangsa melalui platform PLUS | RM12.00 setiap pengeluaran |
Pertanyaan baki Akaun di ATM | Fi |
BSN & MEPS ATM | PERCUMA |
ATM bank antarabangsa melalui platform PLUS | RM1.25 setiap pertanyaan |
Pembelian Atas Talian (Online)
Aktifkan fungsi pembelian atas talian anda untuk melindungi keselamatan transaksi atas talian. Mulai 1 Jun 2015, BSN telah menyahaktifkan fungsi “Pembelian Atas Talian” Kad Debit anda untuk melindungi kad anda daripada transaksi penipuan. Ahli Kad yang berhasrat untuk membeli-belah secara atas talian di laman web yang dianggap tidak selamat, tidak boleh berbuat demikian melainkan telah mengaktifkan fungsi tersebut.
Ahli Kad boleh MENGAKTIFKAN fungsi “Pembelian Atas Talian” melalui saluran berikut:
- ATM BSN
- Cawangan BSN
- Log masuk ke myBSN
- Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (di luar Malaysia).
Untuk maklumat lanjut, sila baca Soalan Lazim.
Transaksi Luar Negara
Aktifkan Kad Visa Debit BSN anda sebelum berlepas ke luar negara. Mulai 1 Jun 2015, BSN telah menyaktifkan fungsi “Transaksi Luar Negara” Kad Debit anda untuk melindungi kad anda daripada transaksi penipuan.
Ahli Kad boleh MENGAKTIFKAN fungsi “Pembelian Atas Talian” melalui saluran berikut:
- ATM BSN
- Cawangan BSN
- Log masuk ke myBSN
- Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (di luar Malaysia).
Untuk maklumat lanjut, sila baca Soalan Lazim.
NOTA:
- BSN telah berhenti pengeluaran Kad Matrix-i BSN. Pemegang kad sedia adalah dinasihatkan untuk menukar ke Kad Debit Visa BSN baharu dengan ciri PIN & BAYAR untuk menikmati lebh banyak kemudahan termasuk transaksi secara online, pembelian di terminal jualan, keselamatan kad yang dijamin dan penerimaan seluruh dunia. Untuk menukar kad, hanya kunjungi mana-mana cawangan BSN hari ini dengan membawa kad sedia ada dan Kad Pengenalan. Kad Debit Visa BSN baharu anda akan dikeluarkan secara PERCUMA. Bermula 1 Julai 2017, tandatangan tidak lagi diterima apabila anda menggunakan Kad untuk membuat pembayaran di terminal jualan dalam negara.
- Lihat Soalan-soalan Lazim Kad Debit BSN Matrix-i.
- Lihat Yuran & Caj Kad Debit BSN Matrix-i.
- Lihat Soalan-soalan Lazim Pembelian Atas Talian (Online).
- Lihat Soalan-soalan Lazim Transaksi Ke Luar Negara.
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut