OBJEKTIF
Program ini akan mengubah kaedah pembayaran sedia ada di kantin sekolah, kedai buku dan kedai koperasi kepada pembayaran tanpa tunai. Pelajar akan diterapkan untuk memupuk dan menguruskan simpanan dan perbelanjaan mereka dari usia yang muda.
Selain itu, pelajar sekolah juga dapat menggunakan Kad Debit BSN Visa sebagai kaedah pembayaran selain menggunakan wang tunai.
Apa yang saya dapat?
- Akaun Simpanan* - Akaun bank yang membolehkan anda untuk menyimpan dan mengembangkan simpanan anda. Nikmati mata ganjaran bulanan dan berpeluang untuk menyertai aktiviti akademik atau sukan yang diadakan anjuran BSN melalui Program Insentif BSJ.
- Kad Debit BSN Visa - Kad Debit yang dipautkan kepada akaun simpanan anda dan disertakan dengan Visa payWave untuk transaksi tanpa sentuh. Anda juga boleh menikmati pelbagai ganjaran dan tawaran istimewa dari BSN.
- myBSN Bawah 18 Tahun - Kemudahan Perbankan Internet untuk remaja berumur 13 – 17 tahun. Anda kini boleh memantau perbelanjaan anda dan belajar tentang pengurusan wang. Anda juga boleh mengakses akaun simpanan anda dengan mudah dan selamat pada bila-bila masa.
- Program Celik Kewangan BSN - Satu inisiatif bersama Bank Negara Malaysia (BNM), Program ini menyediakan modul-modul secara berperingkat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan kewangan, sekali gus memupuk sikap pengurusan kewangan yang baik.
Apakah kelebihan Program ini?
- Tanpa perlu membawa tunai - Tidak perlu menyediakan duit kecil.
- Lebih Selamat - Transaksi tanpa tunai memberi perlindungan dan pengesahan data.
- Pantas dan senang - Transaksi hanya mengambil masa 3 saat.
- Penyemakan urusniaga - Setiap transaksi akan direkod.
NOTA:
- Lihat senarai sekolah yang terlibat.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Lihat laman Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) dan laman BSN Smart Junior.
- Lihat laman Kad Debit BSN Visa.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk BSN Wearable.
- Lihat Terma & Syarat BSN Wearable.
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.