KAD KREDIT/-i BSN DAN KAD DEBIT/-i BSN DITERIMA SECARA AUTOMATIK UNTUK SEMUA TRANSAKSI DI TOL
Pelanggan yang dihormati,
Mulai 1 Jun 2024, Kad Kredit/-i BSN dan Kad Debit/-i BSN akan diaktifkan secara automatik untuk pembayaran tol di lebuh raya.
Anda hanya perlu mencari tanda logo Visa, Mastercard, atau MyDebit di lorong tol dan membuat pembayaran dengan hanya menyentuh kad pada terminal pembayaran.
Bagi Kad Debit/-i BSN, sila pastikan terdapat baki yang mencukupi dalam akaun untuk melakukan transaksi.
Klik di sini untuk tips keselamatan Kad Kredit/-i dan Kad Debit/-i BSN.
Terima kasih.
20 Mei 2024