Di Bank Simpanan Nasional (BSN), kami ingin menjadikan pengalaman perbankan dalam talian anda selamat dan terjamin. Dalam kami melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan anda, terdapat langkah-langkah awal yang boleh diikuti untuk kekal selamat ketika melakukan perbankan dalam talian melalui internet.

Mari kenal pasti penipuan dan scam serta tip keselamatan untuk perbankan dalam talian:

Malware

Perisian hasad atau hasad direka untuk mendapatkan akses kepada sistem komputer dan peranti anda tanpa kebenaran.

Pancingan Data

Serangan siber yang menggunakan e-mel tersembunyi sebagai senjata untuk memikat mangsa ke laman web palsu.

Penipuan Nombor TAC

Berlaku semasa mangsa menerima TAC yang mereka tidak minta.



Akaun Keldai / Mule Account

Merupakan salah satu cara penjenayah memindahkan wang yang diperolehi secara haram bagi pihak orang lain.


Penipuan SMS & Telefon

Penipu menghantar mesej teks palsu untuk menipu mangsa agar memberi maklumat peribadi mangsa kepada mereka.

Penipuan Macau Scam

Taktik yang menawarkan wang mudah atau pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.


Penipuan Cinta (Love Scam)

Jangan sesekali menghantar wang atau hadiah kepada individu yang belum pernah anda temui sendiri.

Tip Perbankan Dalam Talian

Lindungi diri anda semasa melakukan perbankan dalam talian dengan mengambil beberapa langkah penting.

Tip Keselamatan Kad

Amalkan perlindungan kad dari hari pertama untuk memastikan anda sentiasa selamat.


Cara Membersihkan Cache

Praktikkan agar maklumat anda tidak disimpan dalam sistem.



Tip Keselamatan Dalam Talian

  • Sentiasa pastikan laman bank adalah yang betul dan selamat dengan ikon kunci "padlock" atau " https://”
  • Elakkan menggunakan Wi-Fi awam semasa mengakses akaun perbankan dalam talian anda.
  • Sentiasa gunakan kata laluan yang kukuh. Gunakan 8-16 aksara dengan abjad angka.
  • Elakkan daripada membuat kata laluan yang mengandungi butiran daripada nama, inisial atau tarikh lahir anda.
  • Sentiasa pastikan imej keselamatan/perkataan keselamatan anda betul sebelum memasukkan kata laluan anda.
  • Jangan kongsikan maklumat perbankan dalam talian anda (ID Pengguna & Kata Laluan) dengan sesiapa sahaja.
  • Jangan kongsi OTP dengan mana-mana pihak ketiga dan membalas permintaan untuk kata laluan OTP melalui telefon, SMS atau media sosial.
  • Jangan membalas sebarang SMS/ mesej WhatsApp tidak diketahui yang mengandungi pautan mencurigakan.
  • Jangan simpan kata laluan anda pada peranti atau dalam laman pelayar.
  • Jangan pasang aplikasi/ apk daripada sumber atau pautan tidak rasmi. Pastikan aplikasi mudah alih dimuat turun daripada platform rasmi.
  • Semak aktiviti/ sejarah transaksi perbankan anda dengan kerap untuk urus niaga yang mencurigakan dan segera laporkan kepada pihak bank jika terdapat transaksi tidak dibenarkan.

soalan-soalan lazim

Laporkan Transaksi Tidak Sah - Apa yang perlu dilakukan jika anda ditipu?

Buat laporan rasmi dengan segera melalui saluran berikut:

  1. Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara) atau;
  2. Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari;
  3. Kunjungi cawangan terdekat kami untuk membuat laporan rasmi.

Setelah laporan rasmi telah dibuat, sila kunjungi Balai Polis yang berdekatan dengan segera untuk membuat laporan polis dan hantar salinan kepada kami melalui emel customercare@bsn.com.my atau kunjungi cawangan BSN kami yang terdekat.

Ya, anda masih perlu melaporkan insiden penipuan tersebut walaupun ia telah berlaku lebih daripada 24 jam kerana tindakan anda mungkin akan mengurangkan potensi kerugian dan melindungi orang lain dari menjadi sasaran.

Dengan melaporkan perkara tersebut, anda dapat membantu pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penipu terbabit dan meminimumkan kerugian lebih lanjut.

Semasa melaporkan insiden penipuan kepada bank, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM), anda perlu menyediakan maklumat yang berikut:

  1. Penerangan ringkas mengenai insiden penipuan:
    1. Kronologi kejadian termasuk masa dan tarikh;
    2. Kerugian Kewangan (RM)

  2. Butiran Peribadi Anda:
    1. Nama Penuh;
    2. Nombor Kad Pengenalan;
    3. Nombor Akaun Bank;
    4. Nombor untuk Dihubungi dan Nombor Alternatif;
    5. Alamat E-mail (jika ada).

  3. Butiran Suspek (Penipu):
    1. Nama dan Nombor Telefon;
    2. Butiran Transaksi (Nombor akaun bank, nama bank yang terlibat, jumlah, waktu dan tarikh transaksi yang dibuat).

  4. Resit Transaksi;

  5. Alamat laman Web (URL) yang dikongsikan oleh penjenayah;

  6. Komunikasi dengan penjenayah (contoh log panggilan, e-mel, perbualan melalui SMS / WhatsApp / Telegram / WeChat / e-commerce / platform yang lain).

Setelah mengemukakan aduan:

  1. Aduan anda akan diaku terima dalam tempoh 24 jam;
  2. Sekiranya kami memerlukan maklumat tambahan untuk membantu siasatan, kami akan menghubungi anda dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  3. Kami akan menyiasat secara menyeluruh dan berkoordinasi dengan pihak berkaitan untuk memastikan aduan anda diselesaikan. Kami berusaha untuk menyelesaikan aduan ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan aduan;
  4. Sekiranya aduan memerlukan siasatan lanjut, kami akan memaklumkan tempoh lanjutan penyelesaian.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami untuk membuat susulan mengenai kes tersebut.

Jika akaun bank anda telah disekat, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami atau kunjungi cawangan kami yang terdekat.

Jika akaun BSN anda telah dikompromi, hubungi bank-bank lain anda yang terlibat dengan segera untuk melindungi dan memastikan keselamatan akaun anda. Langkah seperti menukar kata laluan, membekukan kad bank, atau menyekat akaun buat sementara waktu mungkin perlu diambil.

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

NSRC ialah pusat tindak balas kecemasan bagi penipuan dan fraud kewangan dalam talian. Ia merupakan operasi bersepadu yang melibatkan kerjasama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menyatukan sumber dan kepakaran daripada semua pihak ini untuk menangani penipuan kewangan dengan lebih pantas dan berkesan.

Waktu operasi NSRC adalah dari 8 pagi hingga 8 malam (termasuk hujung minggu dan cuti umum).

Jika anda tidak dapat menghubungi talian hotline NSRC, anda boleh terus menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara).

Ya. Selain memaklumkan kepada Pusat Perhubungan Pelanggan kami atau NSRC mengenai situasi anda, anda juga dikehendaki membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Laporan ini penting untuk membolehkan pihak berkuasa memulakan siasatan rasmi.

Tips Keselamatan

Jika anda perlu dihubungi, NSRC, polis, atau bank tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi anda, seperti nama pengguna, kata laluan, PIN, TAC, atau OTP.

Jika anda menerima permintaan sedemikian, sila letakkan telefon dan hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami dengan segera.

  1. Kerap periksa makluman transaksi, baki akaun, dan penyata anda. Laporkan sebarang transaksi yang tidak sah, kesilapan, atau percanggahan kepada bank dengan segera.

  2. Sahkan kesahihan mesej daripada bank dan ambil tindakan yang sewajarnya jika anda mengesan sebarang mesej penipuan.

  3. Baca tip keselamatan atau amaran di laman web kami sebelum memberikan maklumat sulit kepada bank atau pihak ketiga.

  4. Patuhi perkara yang berikut:
    1. Jangan dedahkan maklumat perbankan (Nama Pengguna dan kata laluan) kepada pihak ketiga,
    2. Pastikan peranti anda selamat
    3. Laporkan sebarang pelanggaran keselamatan atau kehilangan peranti kepada bank sebaik sahaja anda menyedarinya.

Sentiasa sahkan pihak ketiga yang tidak dikenali melalui laman web SEMAKMULE di https://semakmule.rmp.gov.my/

Semak Mule adalah portal dan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Ia membolehkan pengguna memeriksa sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah, terutamanya penipuan.

Dengan menggunakan Semak Mule, anda boleh menyemak kesahihan akaun bank dan nombor telefon sebelum meneruskan transaksi, membantu melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan juga boleh diakses melalui portal JSJK.

Sebelum memberi respons kepada sebarang SMS yang mendakwa daripada bank anda, sentiasa sahkan kesahihannya dengan memeriksa butiran pengirim, seperti nombor telefon, dan bandingkan dengan saluran komunikasi rasmi bank. Elak daripada klik pautan atau muat turun lampiran daripada SMS yang mencurigakan.

Jika anda mengesyaki bahawa SMS tersebut adalah penipuan, ambil langkah berikut:

  1. Jangan beri respons atau berinteraksi;
  2. Hubungi bank anda terus dengan menggunakan nombor Pusat Perhubungan Pelanggan yang rasmi;
  3. Laporkan SMS penipuan tersebut dan ikut prosedur laporan bank;
  4. Padamkan SMS tersebut;
  5. Pantau akaun anda untuk sebarang transaksi yang tidak dibenarkan dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan segera.

Sebelum memberi respons kepada sebarang SMS yang mendakwa daripada bank anda, sentiasa sahkan kesahihannya dengan memeriksa butiran pengirim, seperti nombor telefon, dan bandingkan dengan saluran komunikasi rasmi bank. Elak daripada klik pautan atau muat turun lampiran daripada SMS yang mencurigakan.

Jika anda mengesyaki bahawa SMS tersebut adalah penipuan, ambil langkah berikut:

  1. Jangan beri respons atau berinteraksi;
  2. Hubungi bank anda terus dengan menggunakan nombor Pusat Perhubungan Pelanggan yang rasmi;
  3. Laporkan SMS penipuan tersebut dan ikut prosedur laporan bank;
  4. Padamkan SMS tersebut;
  5. Pantau akaun anda untuk sebarang transaksi yang tidak dibenarkan dan laporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan segera.