Memperkenalkan Aplikasi myBSN Mobile baharu, direka untuk perkhidmatan perbankan yang lancar dan mudah di hujung jari anda.
CIRI-CIRI & MANFAAT
Pertanyaan Akaun
Lihat butiran akaun, baki dan sejarah transaksi anda (Simpanan/Semasa/Kad Kredit).
Pindahan Dana
Pindah dana ke akaun sendiri dan pihak ketiga (Simpanan/Semasa/Kad Kredit/Pinjaman/Pembiayaan).
Safe Switch
Ciri keselamatan layan diri membantu melindungi dana anda dan menyekat transaksi yang tidak dibenarkan.
QR Pay
Pembayaran tanpa tunai. Imbas, bayar dan pergi.
Pindah, terima dan bayar kad kredit atau akaun pinjaman/pembiayaan dengan serta-merta.
ID Biometrik / Muka & Cap Jari
Ciri fizikal yang unik untuk mengesahkan identiti anda.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR DAN MENGAKTIFKAN APLIKASI myBSN MOBILE?
Sila klik pada nombor di bawah untuk melihat paparan skrin bagi setiap langkah berikut.
Klik pada ikon Get Started dan terus klik butang Login.
Masukkan Nama Pengguna dan semak Gambar Keselamatan anda. Masukkan Kata Laluan yang sah mengikut butir-butir Perbankan Internet myBSN anda.
Skrin welcome akan muncul dan teruskan dengan persediaan BSNSecure untuk pengaktifan.
Masukkan Nama Peranti dan Nombor ID anda, kemudian klik Hantar untuk pengesahan.
- Nama Peranti/Model Telefon: (Contoh: iPhone 14 Pro, Galaxy S23 Ultra, Huawei P60 Pro).
- Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan: (Contoh: 95131314***).
Setelah pendaftaran berjaya, skrin pengakuan akan dipaparkan.
TONTON BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR & MENGAKTIFKAN APLIKASI myBSN MOBILE
Setelah anda melengkapkan semua langkah di atas, anda boleh mengaktifkan BSNSecure anda melalui saluran berikut:
- Kunjungi cawangan BSN terdekat untuk bantuan.
- Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 (Dalam Negara) atau +603-2613 1900 (Luar Negara), dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
NOTA PENTING:
Setelah pendaftaran BSNSecure berjaya, pelanggan hanya boleh melakukan transaksi myBSN selepas 12 jam (Tempoh Bertenang). Ini adalah untuk menyediakan pelindungan yang dipertingkatkan kepada pelanggan dalam usaha kami mencegah transaksi yang tidak sah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan BSNSecure.
NOTA:
Sila semak versi sistem operasi yang digunakan terlebih dahulu sebelum memuat turun aplikasi myBSN.
Jika pelanggan memuat turun aplikasi pada versi sistem operasi (OS) yang tidak disokong / versi yang kurang daripada yang dinyatakan di atas, bukan sahaja myBSN tidak akan berfungsi, tetapi pelanggan juga tidak akan dapat menggunakan BSNSecure yang sebelum ini dimuat turun untuk pengesahan pembayaran/transaksi kerana myBSN telah menggantikan BSNSecure tersebut.
Sekiranya anda belum mempunyai akses Perbankan Internet myBSN, daftar di sini.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.